top of page
bismillah_01-01.png

IN MIND PSYCHOLOGY

Kami menawarkan perkhidmatan psikologi bagi memenuhi pelbagai keperluan anak biskita, bermula dari tahap kanak-kanak sehingga ke tahap kehidupan remaja/belia.

MENEROKA POTENSI

Kami berkerjasama membantu kanak-kanak dan remaja/belia biskita untuk mencapai potensi pembelajaran mereka

brain-03.png

SIAPAKAH DENGAN KAMI BERKERJA?

  • Kanak-kanak dan Remaja/Belia

APAKAH YANG KAMI BOLEH BANTU?

Kami boleh membantu biskita meneliti dalam perkara-perkara tertentu, merangkumi:

  • Sosial, Emosi dan Kesihatan Mental

  • Pemerhatian dan Penumpuan

  • Pembelajaran

  • Literasi

  • Numerasi

  • Transisi/Peralihan

  • Urus diri dan Kemahiran-kemahiran hidup​

  • Mengatasi cabaran belajar

  • Komunikasi antara rumah dan sekolah/institusi-institusi

More

PSIKOLOGIS KAMI

WhatsApp Image 2022-02-15 at 5.46.08 PM.jpeg

DR HAJAH NOR IRLENWATI BINTI HAJI ISMAIL

Dr. Hajah Nor Irlenwati Haji Ismail adalah seorang Konsultan Psikologis Pendidikan di In Mind Psychology. Beliau merupakan psikologis berdaftar di bawah Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Negara Brunei Darussalam (AHPCBD) dan British Psychological Society (BPS). Beliau telapun berkhidmat sebagai Psikologis Pendidikan  selama 10 tahun di Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan. Justeru itu, beliau setentunya mempunyai pengalaman yang luas berkerja bersama kanak-kanak dan remaja/belia, dengan pelbagai keperluan khas, serta ahli-ahli keluarga dan guru-guru mereka.

 

Kerjayanya dalam bidang pendidikan bermula pada tahun 2000 apabila beliau mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Psikologi Peringkat AS/A Level sebelum memulakan program latihan sebagai Psikologis Pendidikan di Universiti Exeter, United Kingdom. Sebagai sebahagian daripada latihan profesional, beliau telah berkerja selaku Pelatih Psikologis Pendidikan di Exeter City Council (2008) dan London Borough of Southwark (2009-2011). Beliau juga telah berjaya memperolehi Ijazah Doktor Falsafah (Doktor Pendidikan Psikologi di bidang Kanak-Kanak, Komuniti dan Psikologi Pendidikan) dari Universiti Exeter, yang menjadikannya sebagai Pakar Psikologi Pendidikan Bertauliah di bawah British Psychological Society (BPS).

 

Kecenderungan minat beliau adalah lebih kepada usaha untuk membangunkan dan menyesuaikan penilaian-penilaian Psikopendidikan agar sejajar dengan konteks Brunei. Tesis kedoktorannya berpusat dalam mengembangkan penyesuaian Penilaian Fonologi atau dikenali sebagai Phonological Assessment Battery (PhAB) untuk mengenalpasti pelajar-pelajar yang mengalami kelemahan kemahiran fonologi, iaitu yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pertamanya. Usaha ini adalah untuk mendukung intervensi masa depan bagi menangani masalah membaca di kalangan kanak-kanak Brunei.

Home: About Me
Home: Services

MELAKSANAKAN RUJUKAN

KONSULTASI AWAL

Bagi melaksanakan konsultasi permulaan dengan psikologis kami, sila tempah sekarang Untuk mula berbicara dengan salah seorang psikologis kami

Location
Home: Contact

Hubungi Kami

Tingkat 3, Unit 10, Blok D
The Walk, Kampong Beribi
Jalan Gadong BE1118

+6738262269

bottom of page