top of page

PERKHIDMATAN KAMI

Konsultasi

Consultation

Konsultasi Permulaan untuk Sekolah-Sekolah/Institusi-Insititusi (Percuma)

Kami akan menyediakan perkhidmatan konsultasi permulaan bagi sekolah/institusi yang belum pernah bekerjasama dengan kami sebelum ini, sebagai sebahagian daripada perkhidmatan keberkesanan kos. Setiap sesi boleh  berlangsung hingga  60 minit dan boleh ditawarkan sebagai satu sesi berasingan. Tiada paksaan untuk memberikan komitmen kepada perkhidmatan-perkhidmatan seterusnya. Perbincangan bolehlah dilaksanakan bagi pemberian maklumat yang teliti untuk input psikologi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu yang diperlukan oleh pihak sekolah-sekolah/institusi-institusi berkenaan.

Konsultasi  Permulaan ($100/sejam)

Sebahagian besar perkhidmatan kami memerlukan konsultasi permulaan. Melalui konsultasi permulaan inilah, kami bermatlamat untuk menerokai permasalahan-permasalahan, sesi soal-jawab, dan menentukan sama ada penilaian selanjutnya diperlukan. Ia merupakan peluang untuk biskita mengajukan sebarang soalan dan berbicara dengan Psikologis Pendidikan secara dekat tentang permasalahan-permasalahan dan sasaran-sasaran biskita. Sesi ini akan dilaksanakan melalui proses temuduga dengan ibubapa dan/atau pelajar-pelajar. Kaedah soal kaji selidik akan digunakan sebagai sebahagian daripada proses konsultasi.

 

Setiap sesi boleh berlangsung hingga 60 minit dan boleh ditawarkan sebagai satu sesi yang berasingan, tanpa adanya halangan untuk memberikan komitmen kepada penilaian penuh.

 

Sewaktu konsultasi permulaan ini, kami bersetuju untuk mengongsikan sasaran-sasaran yang bakal dicapai sebalik penglibatan kami selaku konsultan, dan kami akan menyediakan sebutharga kos-kos untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang dicadangkan.  

 

Dokumen yang diperlukan semasa konsultasi permulaan

 

Kami mencadangkan biskita untuk memberikan sepenuh maklumat dalam borang rujukan dan maklumat-maklumat berkenaan hendaklah dikumpulkan dan dikongsikan lebih awal. Ini termasuklah sampel kerja-kerja sekolah, laporan guru-guru dan pakar-pakar, serta pelan-pelan pendidikan individu.

 

Apakah yang berlaku selepas konsultasi permulaan?

Berikutan daripada konsultasi permulaan, cadangan-cadangan yang berpatutan akan disediakan dalam bentuk penulisan melalui emel/WhatsApp pada tempoh 7 hari waktu berkerja.

 

Cadangan-cadangan adalah merangkumi:

  • Penilaian untuk memastikan keperluan-keperluan

  • Intervensi

  • Menempatkan strategi-strategi kepada tindakan

  • Mesyuarat-mesyuarat/ Mesyuarat Susulan

  • Latihan

  • Penglibatan Multidisiplin dari para profesional/pakar-pakar yang pelbagai

  • Pemaparan lain-lain perkhidmatan/agensi

  • Tidak memerlukan sebarang input lanjutan

Konsultasi Penelitian ($150/sejam)

Konsultasi penelitian akan ditawarkan 8-10 minggu selepas konsultasi permulaan dan penilaian. Ini adalah sesi penyelesaian masalah antara setiap pihak yang berkepentingan tentang cara melangkah ke hadapan. Sesi ini merangkumi pelan-pelan penilaian lanjutan dan/atau rujukan ke agensi-agensi berkenaan dan perkhidmatan-pekhidmatan. Konsultasi penelitian ini mungkin melibatkan antara salah satu daripada agenda berikut:

 

  • Perbincangan keputusan-keputusan daripada ujian-ujian/ saringan atau

penilaian-penilaian pendidikan

  • Perancangan sekolah (penempatan dan/atau peralihan)

Merancang pelan individu (IEP): draf permulaan dan susulan

Penilaian

Assessment

Ini boleh menjadi fasa yang mencabar untuk ibubapa, guru-guru, dan malah pelajar-pelajar sendiri dalam mengenal pasti sebab-sebab di sebalik permasalahan atau untuk memahami kaedah perubahan yang membawa kebaikan. Lanjutan daripada konsultasi permulaan, pemerhatian individual dan/atau penilaian mungkin diperlukan apabila adanya ketidakjelasan keperluan—keperluan atau adanya persoalan-persoalan yang tidak terjawab dalam perkara-perkara tertentu dari segi perkembangan pelajar. Sebuah penilaian psikologi komprehensif akan dapat membantu mengenal pasti keperluan dan menyelesaikan persoalan-persoalan ini.

 

Di In Mind Psychology, kami mengunakan pelbagai alat penilaian yang stbiskitard dan bukan stbiskitard, soalan-soalan kaji selidik, temuduga-temuduga untuk mengumpulkan maklumat-maklumat pelajar dan memahami keadaan persekitaran hidup mereka.

 

Antara penilaian yang kami gunakan adalah:

​

WPPSI-IV

Wechsler Preschool and Primary Scale of Intelligence ™ Fourth Edition (for children aged 2:6 – 7:7)

WISC -V

Wechsler Intelligence Scale for Children® Fifth Edition (for children aged 6:0–16:11)

WAIS-IV

Wechsler Adult Intelligence Scale Fourth Edition (for adults aged 16:0-90:11)

WIAT-4

Wechsler Individual Achievement Test® Fourth Edition (for children & adults aged 4:0–50:11)

CAS2

Cognitive Assessment System-Second Edition (for children aged 5:0–18:0)

BYI-2

Beck Youth Inventories Second Edition

BASC-3

Behaviour Assessment System for Children Third Edition

BSRA-3

Bracken School Readiness Assessment Third Edition

PhAB 2

Phonological Assessment Battery 2

MPhAB

Modified Phonological Assessment Battery for Brunei Malay users

DST-J

Dyslexia Screening Test-Junior
DST–S

Dyslexia Screening Test-Secondary
DAST

Dyslexia Adult Screening Test

P.I.P Developmental Charts

Sandwell Early Numeracy Test

York Assessment of Reading for Comprehension

Dynamic Assessments

Perkhidmatan Transisi/Peralihan

Transition Services

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan transisi/peralihan dan input-input pakar untuk pelajar-pelajar yang baru bermula atau berpindah sekolah, baru masuk ke peringkat sekolah menengah, pusat-pusat pengajian tinggi atau universiti-universiti atau berpindah rumah. Perkhidmatan-perkhidmatan transisi ini akan memusatkan perhatian kepada setiap individu pelajar untuk mengenalpasti keperluan-keperluan dan permasalahan-permasalahan mereka. Kami menyediakan kedua-dua perkhidmatan transisi pencegahan dan reaktif yang merangkumi variasi bentuk penilaian. Penilaian-penilaian ini adalah cara terbaik bagi memahami keperluan peribadi setiap pelajar ketika mengalami transisi/peralihan dalam hidup harian mereka, cara mereka mengatasi  perubahan-perubahan yang dihadapi dan tindakan yang dapat kita lakukan untuk memberikan dukungan/sokongan kepada mereka.

Latihan

Training

Kami menyediakan latihan untuk memberi semangat keyakinan kepada ibubapa, guru-guru dan pakar-pakar pendidikan, serta menyediakan mereka dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk mendukung kanak-kanak dan remaja/belia. Kami akan menyampaikan latihan dalam lingkungan topik pendidikan dan psikologi kanak-kanak yang pelbagai, termasuklah kaedah menggabungkan pengetahuan dari pelbagai tempat dan peranan (contoh: peranan ibubapa di rumah, peranan guru-guru di sekolah) untuk mencapai impak yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran. Bergantung kepada hasil jangkaan dan sasaran sekolah, kami membantu biskita meneroka dan memilih bidang latihan yang bersesuaian/ relevan dengan konteks biskita.

 

Pakej latihan kami adala fleksibel berdasarkan masa dan ketersediaan biskita dan mungkin akan disampaikan di dalam atau di luar sekolah.

 

  • Latihan Pra-pembangunan 

       - $40 seorang untuk 2 jam sesi latihan (minimum 20 orang, maksimum 25 orang) 

​

  • Latihan Pra@Tempah (mengikut permintaan)

       - $60 seorang untuk 2 jam sesi latihan (minimum 20 orang, maksimum 25 orang)

KONSULTASI AWAL

Bagi melaksanakan konsultasi permulaan dengan psikologis kami, sila tempah sekarang Untuk mula berbicara dengan salah seorang psikologis kami

bottom of page